welcome 2 my blog

Tuesday, 7 July 2015

Apa khabar hati kita?

'mulut aku teruk, suka menyumpah tp hati aku baik'

HATI MENENTUKAN PERILAKU MANUSIA
"ketahuilah dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati" -hadith ke 6, hadith 40 An-Nawawi

Kalau hati itu baik, maka kebaikan itu akn terserlah ke seluruh tubuh, dari segi percakapan, pertuturan, perilaku dan personaliti kite. Mulut akn mengeluarkn perkataan yg baik2, tubuh badan akn melakukan kebaikan, mata memandang perkara2 yg baik, kaki melangkah ke tmpt2 yg baik, masjid, majlis ilmu etc.

Kalau perilaku kita tidak baik, adakah logik utk kite katakan hati kita baik? 'aku xsolat, x menutup aurat, langgar perintah Tuhan, tp hati aku baik'
Kalau hatinya baik, sudah tentu dia akn berperlakuan baik, bukan? Sebab hatinya faham, ape yg baik dan ape yg buruk.
Dan kita kene faham.. Kefahaman intelektual semata tidak mampu menandingi kefahaman hati kerana kefahaman akademik jarang mampu mengubah personaliti dan gaya hidup manusia. Ianya sekadar info2 yg digunakan utk memudahkn kehidupan tp kefahaman hati mampu mengubah hidup seseorang sehingga menyentuh sanubari sehingga berjaya mengubah haluan hidup mereka.

Ayuh rawat hati kita selalu!

The prophet said 'the one who points to something good gets the reward of doing good'
Help me and yourselves get more reward by sharing this effort and may Allah blesses every single effort we did in this holy month of Ramadhan.

No comments:

Post a Comment